Selasa, 8 Jun 2010

LATARBELAKANG ULTIMATE EDIFICE SALES & SERVICES

ULTIMATE EDIFICE SALES & SERVICES merupakan sebuah perniagaan enterprise milik bumiputera, yang ditubuhkan dan dijalankan di salah sebuah prasarana perniagaan di Bandar Rinching, Semenyih, Selangor.

ULTIMATE EDIFICE SALES & SERVICES menjalankan perniagaan yang merangkumi aktiviti menjual dan membekalkan peralatan ganti berkaitan elektrik seperti wayar, soket, lampu dan sebagainya. Selain daripada itu, perniagaan ini juga turut menawarkan perkhidmatan pemasangan, penyelenggaraan dan baikpulih sebarang kerosakan pada peralatan elektrik, premis kediaman, perniagaan dan kilang yang meliputi pendawaian elektrik pada bangunan; penyelenggaraan berkaitan ketukangan elektrik dan ketukangan awam dan lain-lain. Khidmat penyelenggaraan bangunan yang ditawarkan juga meliputi aktiviti rencam seperti mengecat, memotong rumput dan sebagainya.

ULTIMATE EDIFICE SALES & SERVICES berpegang kepada misi perniagaan "untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti dan mampu diperolehi oleh pelanggan, di samping memberikan perkhidmatan berhemah dan mesra pelanggan".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan