Selasa, 8 Jun 2010

LATARBELAKANG ULTIMATE EDIFICE SALES & SERVICES

ULTIMATE EDIFICE SALES & SERVICES merupakan sebuah perniagaan enterprise milik bumiputera, yang ditubuhkan dan dijalankan di salah sebuah prasarana perniagaan di Bandar Rinching, Semenyih, Selangor.

ULTIMATE EDIFICE SALES & SERVICES menjalankan perniagaan yang merangkumi aktiviti menjual dan membekalkan peralatan ganti berkaitan elektrik seperti wayar, soket, lampu dan sebagainya. Selain daripada itu, perniagaan ini juga turut menawarkan perkhidmatan pemasangan, penyelenggaraan dan baikpulih sebarang kerosakan pada peralatan elektrik, premis kediaman, perniagaan dan kilang yang meliputi pendawaian elektrik pada bangunan; penyelenggaraan berkaitan ketukangan elektrik dan ketukangan awam dan lain-lain. Khidmat penyelenggaraan bangunan yang ditawarkan juga meliputi aktiviti rencam seperti mengecat, memotong rumput dan sebagainya.

ULTIMATE EDIFICE SALES & SERVICES berpegang kepada misi perniagaan "untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti dan mampu diperolehi oleh pelanggan, di samping memberikan perkhidmatan berhemah dan mesra pelanggan".

ULTIMATE EDIFICE SALES & SERVICES

Assalamualaikum dan selamat datang ke ULTIMATE EDIFICE SALES & SERVICES
Kami menyediakan perkhidmatan menjual barangan alat ganti elektrik seperti lampu, mentol, soket, wayar dan lain-lain daripada pelbagai jenama terkemuka. Kami juga menawarkan perkhidmatan kerja-kerja electrical and home maintenance. Sila kunjungi kedai kami di:

ULTIMATE EDIFICE SALES & SERVICES
No. 16, Ground Floor, Jalan 5/12,

Seksyen 5, Bandar Rinching,
43500 Selangor

Kami merupakan sebuah perniagaan bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, yang menjalankan aktiviti perniagaan dibawah kepala dan sub-kepala berikut:

529200 - Electrical and wiring services
623220 - Electrical and electronic appliances & utensils

854400 - Electrical engineering services
951200 - Electronic and electrical repairing services
859810 - Building maintenance

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai produk yang dijual dan perkhidmatan electrical and home maintenance yang ditawarkan. Anda boleh menghubungi kami di talian yang tertera, email atau komen melalui blogpost ini. Terima kasih.