Khamis, 28 Oktober 2010

Selasa, 26 Oktober 2010

Pemasangan peralatan elektrik





Minggu lepas (18 Okt), kami diminta pasang electrical appliance pada bangunan. Antaranya lampu macam yang dalam gambar tu, sekali dengan casing buluh dia n lampu kalimantang biasa untuk pejabat. Selain daripada tu, customer tu pun minta pasangkan wiring untuk PA system dia dan kipas.. yang ni takde benda sangat nak cerita..hari-hari pun kite jumpa kat mane-mane,kan appliances ni...

Isnin, 25 Oktober 2010

Tambah DB board



DB board (distribution board)...

Kalau tengok mane-mane bangunan pun, anda mesti ada nampak benda ni. Ape bende ni? Ni la dia distribution board (atau sesetengah electrician panggil panelboard). Dia ni menjadi pusat atau hub sebelum wayar-wayar elektrik disambungkan ke bahagian-bahagian lain bangunan. Hub ni jugak menyediakan fuse atau circuit breaker untuk setiap seksyen wayar, supaya kalau ada petir atau short circuit, fuse akan dimatiakn dan takkan effect pada seksyen-seksyen yang lain...

Tak semua seksyen dalam DB board digunakan, so anda masih boleh tambah seksyen dalam DB board mengikut keperluan masing-masing...

Fresher better air







Exhaust fan ni pun memang benda yang wajib dipakai pada bangunan tertutup. Nak, nak kalau bangunan tu jenis yang tertutup 24 jam.. ataupun banyak gunakan peralatan yang mengeluarkan haba... Kalau takde exhaust fan ni, perghhh..panas tuu...

Secara amnya, ventilation fan ni ada dua jenis. Satu tu yang lekap kat dinding. Memang biasa kita tengok pada dapur-dapur rumah, toilet, bengkel-bengkel... yang satu pulak lagi lekap kat bumbung. Tapi prinsip kerja tetap sama, untuk sejukkan bahagian dalam bangunan...

Untuk yang projek ventilation system ni, kedai kami telah diminta untuk pasangkan exhaust fan ni pada bangunan sebuah spa di Kajang... bila bangunan sejuk, baru la berbaloi melepaskan lelah di spa, kan...

Jumaat, 3 September 2010

Taman Pelangi Semenyih








Projek mengecat di Taman Pelangi Semenyih on 2nd of Sept 2010..returning customer :)..Tuan rumah bagi kepercayaan untuk cat rumah dia ikut citarasa kami..as long as ikut color yang dia nak. Results? He really loves it :)

Selasa, 27 Julai 2010

Selasa, 8 Jun 2010

LATARBELAKANG ULTIMATE EDIFICE SALES & SERVICES

ULTIMATE EDIFICE SALES & SERVICES merupakan sebuah perniagaan enterprise milik bumiputera, yang ditubuhkan dan dijalankan di salah sebuah prasarana perniagaan di Bandar Rinching, Semenyih, Selangor.

ULTIMATE EDIFICE SALES & SERVICES menjalankan perniagaan yang merangkumi aktiviti menjual dan membekalkan peralatan ganti berkaitan elektrik seperti wayar, soket, lampu dan sebagainya. Selain daripada itu, perniagaan ini juga turut menawarkan perkhidmatan pemasangan, penyelenggaraan dan baikpulih sebarang kerosakan pada peralatan elektrik, premis kediaman, perniagaan dan kilang yang meliputi pendawaian elektrik pada bangunan; penyelenggaraan berkaitan ketukangan elektrik dan ketukangan awam dan lain-lain. Khidmat penyelenggaraan bangunan yang ditawarkan juga meliputi aktiviti rencam seperti mengecat, memotong rumput dan sebagainya.

ULTIMATE EDIFICE SALES & SERVICES berpegang kepada misi perniagaan "untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti dan mampu diperolehi oleh pelanggan, di samping memberikan perkhidmatan berhemah dan mesra pelanggan".

ULTIMATE EDIFICE SALES & SERVICES

Assalamualaikum dan selamat datang ke ULTIMATE EDIFICE SALES & SERVICES
Kami menyediakan perkhidmatan menjual barangan alat ganti elektrik seperti lampu, mentol, soket, wayar dan lain-lain daripada pelbagai jenama terkemuka. Kami juga menawarkan perkhidmatan kerja-kerja electrical and home maintenance. Sila kunjungi kedai kami di:

ULTIMATE EDIFICE SALES & SERVICES
No. 16, Ground Floor, Jalan 5/12,

Seksyen 5, Bandar Rinching,
43500 Selangor

Kami merupakan sebuah perniagaan bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, yang menjalankan aktiviti perniagaan dibawah kepala dan sub-kepala berikut:

529200 - Electrical and wiring services
623220 - Electrical and electronic appliances & utensils

854400 - Electrical engineering services
951200 - Electronic and electrical repairing services
859810 - Building maintenance

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai produk yang dijual dan perkhidmatan electrical and home maintenance yang ditawarkan. Anda boleh menghubungi kami di talian yang tertera, email atau komen melalui blogpost ini. Terima kasih.